Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya?
BENARKAN KISAH ‘UMAR PERNAH DIMARAHI ISTERINYA?
Soalan:
Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab RA juga dimarahi oleh isterinya. Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya. Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya. Lalu lelaki itu berkata: "Jika demikian yang berlaku kepada 'Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara aku dan isteriku adalah perkara biasa." Saya ingan kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar, sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara terhadap suaminya. Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya:
1. Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy (الشيخ سليمان بن محمد البجيرمي) seorang faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al-Bujairamiy 3/441-442.
2. Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin, halaman: 517.
3. Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.
Ketika menyebut cerita ini, ketiga-tiga mereka tidak mendatangkan sebarang Sanad bahkan mereka menyebutnya dalam bentuk sighah tamridh, iaitulah satu cerita yang dinukilkan dalam bentuk ‘ada orang kata’. Bentuk cerita yang seumpama ini menunjukkan kelemahan dan tidak benarnya cerita tersebut. Apatah lagi kelemahan dan tidak benarnya cerita ini dikuatkan dengan alasan-alasan berikut:
Bersalahan dengan cerita yang lebih masyhur tentang kehebatan sayyidina ‘Umar bin al-Khattab RA, sehingga Ibn ‘Abbas RA pernah berkata:
مَكَثْتُ سَنَةً أُرِيْدُ أَنْ أَسْأَلَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ عَنْ آيَةٍ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَسْأَلَهُ هَيْبَةً لَهُ
Mafhumnya: “Daku pernah menetap selama setahun untuk bertanyakan kepada ‘Umar bin al-Khattab tentang satu ayat (dari al-Quran), namun daku tidak mampu bertanyakan beliau tentang ayat tersebut disebabkan aku berasa haibah (rasa takut disebabkan hormat) terhadap beliau.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Kata ‘Amr bin Maimun:
شَهِدْتُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ طُعِنَ فَمَا مَنَعَنِي أَنْ أَكُونَ فِي الصَّفِّ الْأَوَّلِ إِلَّا هَيْبَتُهُ، وَكَانَ رَجُلًا مَهِيبًا
Mafhumnya: “Daku bersama dengan ‘Umar RA pada hari beliau ditikam, tidaklah menghalang kami dari berada pada saf yang pertama melainkan disebabkan haibahku terhadapnya. Beliau adalah seorang yang digeruni kerana dihormati oleh orang ramai.” (Hilyah al-Auliya’: 4/151)
Disebabkan kehebatan ‘Umar bin al-Khattab RA ini, Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata:
اسْتَأْذَنَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَعِنْدَهُ نِسْوَةٌ مِنْ قُرَيْشٍ يُكَلِّمْنَهُ وَيَسْتَكْثِرْنَهُ ، عَالِيَةً أَصْوَاتُهُنَّ ، فَلَمَّا اسْتَأْذَنَ عُمَرُ قُمْنَ فَبَادَرْنَ الْحِجَابَ ، فَدَخَلَ عُمَرُ وَرَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَضْحَكُ ، فَقَالَ : أَضْحَكَ اللَّهُ سِنَّكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( عَجِبْتُ مِنْ هَؤُلَاءِ اللَّاتِي كُنَّ عِنْدِي ، فَلَمَّا سَمِعْنَ صَوْتَكَ ابْتَدَرْنَ الْحِجَابَ ) قَالَ عُمَرُ ؟ يَا عَدُوَّاتِ أَنْفُسِهِنَّ ! أَتَهَبْنَنِي وَلَا تَهَبْنَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ؟ فَقُلْنَ : نَعَمْ ؟ أَنْتَ أَفَظُّ وَأَغْلَظُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( إِيهٍ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ ! وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ سَالِكًا فَجًّا قَطُّ إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ
Mafhumnya: “Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin berjumpa dengan Rasulullah SAW, ketika itu bersama dengan baginda beberapa wanita Quraisy sedang berbicara dan suara mereka meneggelamkan suara baginda SAW. Apabila ‘Umar meminta izin untuk masuk,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar